Home Semasa Langkah pencegahan wabak koronavirus dipertingkat di lapangan terbang utama

Langkah pencegahan wabak koronavirus dipertingkat di lapangan terbang utama

by Air Times News Network

SEPANG, 25 Jan – Pihak Malaysia Airport Holdings  Berhad (MAHB) hari ini menyatakan pihak mereka berkerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan saringan kesihatan terhadap anak kapal dan penumpang antarabangsa berikutan penyebaran wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV).

“Langkah pencegahan diambil di lapangan terbang utama di seluruh negara bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak itu di negara ini,

“Antara langkah yang diambil oleh MAHB dan KKM ialah melaksanakan saringan suhu dengan menggunakan alat pengesan haba terhadap penumpang dan anak kapal dari China,” kata MAB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Selain daripada itu, pihak MAHB turut menyediakan bilik perubatan khas bagi tujuan kuarantin di balai ketibaan bagi menempatkan mana-mana penumpang yang menunjukkan simpton dijangkiti virus 2019-nCoV.

“Kami turut menyediakan pintu ketibaan khusus kepada mana-mana penerbangan dari China supaya lebih dekat kepada bilik rawatan khas bagi mempercepatkan prosedur kuarantin dan mengurangkan risiko penyebaran virus kepada orang ramai,

“Pihak penerbangan turut mengambil langkah untuk melakukan pengumuman khas kepada penumpang dalam pesawat dan mengedarkan kad kesihatan (Health Alert Card, HAC) kepada penumpang,” jelas kenyataan itu.

HAC yang dikeluarkan oleh pihak KKM bertujuan bagi penumpang untuk mengisytiharkan tahap kesihatan mereka. Kad HAC turut disediakan di kaunter imigresen.

“Penumpang yang mengalami gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas akan dikejarkan ke hospital yang berdekatan,

“Pihak kami turut menasihatkan orang ramai untuk menggunakan topeng dan losyen pembasmi kuman sebagai langkah berjaga-jaga,” kata MAHB.

Related Articles

Leave a Reply