Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM bakal terima 12 aset udara mantapkan operasi maritim negara

TLDM bakal terima 12 aset udara mantapkan operasi maritim negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka menerima 12 set udara yang baharu sistem pesawat tanpa pengendali (Unmanned Aerial System, UAS) daripada Amerika Syarikat, tahun ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata sistem ini akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan kemasukan aset baharu tersebut dilihat akan meningkatkan keupayaan TLDM dalam aspek pemantauan domain maritim negara.

“Selain itu, perolehan 18 bot pemintas laju atau Fast Interceptor Craff (FIC) dan Helikoter Operasi Maritim telah diperingkat tender dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Dalam masa yang sama, TLDM turut melaksanakan kajian kesesuaian ke atas cadangan yang diterima dari beberapa negara bagi memenuhi keperluan Kapal Sokongan Pelbagai Peranan  (Multi Role Support Ship (MRSS),” katanya pada majlis perutusan Panglima TLDM bersempena tahun baharu 2020, di Wisma Pertahanan pada Jumaat.

Mohd Reza berkata keperluan MRSS ini amat penting terutamanya dalam memastikan keperluan operasi logistik TLDM dan sokongan kepada bantuan bencana alam atau Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) di dalam negara mahupun negara serantau.

“TLDM amat berkeyakinan melalui kemasukan aset baharu berkenaan, TLDM dilihat mampu melaksanakan operasi dengan lebih efektif,” tambahnya lagi,” katanya.

Sementara bagi aspirasi 2020 TLDM, Reza berkata TLDM akan melaksanakan segala perancangan dengan memfokuskan kepada empat teras utama iaitu kesiagaan Armada TLDM, pembangunan semula Armada berlandaskan perancangan Program Transformasi 15 ke 5 yang diubahsuai.

Selain itu, TLDM juga akan meningkatkan integrasi dan sokongan kepada aspek kebersamaan (jointness) serta menyediakan modal insan terbaik untuk warga TLDM bagi memenuhi keperluan masa hadapan.

“TLDM turut menyasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus kapal-kapal TLDM berada antara kategori satu hingga tiga iaitu tidak rosak dan boleh beroperasi sepenuhnya serta rosak tetapi boleh beroperasi,

“Bagi mencapai hasrat tersebut, TLDM telah merancang pelbagai program berdasarkan kepada peruntukan dan keperluan operasi semasa,

Di antaranya adalah pemasangan Mini Combat System di kapal FAC, meneruskan Program Repowering, Refit Inovasi Baharu dan pelaksanaan semula Program Senggaraan Jentera Utama kapal oleh TLDM,” jelas Panglima Tentera Laut.

Dalam masa yang sama, Mohd Reza turut menyampaikan anugerah kepada Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Markas Terbaik TLDM bagi tahun 2019.

Kemenangan tersebut adalah berdasarkan kepada kecemerlangan secara menyeluruh dalam pelbagai aspek termasuk prestasi terbaik sepanjang tahun.

Related Articles

Leave a Reply