Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wee Jeck Seng angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat – Air Times News Network
Home PolitikBarisan Nasional Wee Jeck Seng angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat

Wee Jeck Seng angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat

by Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Ahli Parlimen Tanjung Piai yang baharu Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis yang berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof itu mendahului aturan urusan dewan.

Selepas Wee mengangkat sumpah, Mohamad Ariff mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lepas.

“Semoga dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah serta dapat berkhidmat dengan cemerlang. Tahniah sekali lagi,” katanya.

PRK Tanjung Piai menyaksikan Wee daripada Barisan Nasional (BN) menewaskan lima calon lain termasuk Karmaine Sardini daripada Pakatan Harapan (PH).

PRK itu diadakan susulan kematian Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lepas.

Wee, 55, merupakan Ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal pada 2008 hingga 2018 sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.- Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?