Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Panglima Tentera Darat terima pingat PGAT dari Agong

Panglima Tentera Darat terima pingat PGAT dari Agong

by Bernama

PUTRAJAYA, 8 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Istiadat pengurniaan darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2019 menyaksikan Ahmad Hasbullah mendahului senarai 273 penerima pingat pada sesi pertama istiadat itu yang berlangsung di Istana Melawati di sini.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka yang juga Pemerintah Tertinggi ATM ke istiadat pengurniaan darjah itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 11 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (41 penerima), Kesatria Angkatan Tentera (102 penerima) dan Bentara Angkatan Tentera (116 penerima).

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menganugerahkan darjah PGAT Kehormat kepada dua penerima dari negara asing iaitu Panglima Angkatan Tentera New Zealand Air Marshal Kevin R. Short dan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand Jeneral Ponpipaat Benyasri.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply