Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sultan Kedah berangkat ke majlis sambutan Aidilfitri Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Sultan Kedah berangkat ke majlis sambutan Aidilfitri Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

by Bernama

JITRA, 18 Jun – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Sambutan Aidilfitri di Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini, malam tadi.

Keberangkatan tiba baginda di majlis itu pada pukul 8.30 malam disambut Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin yang juga Pengerusi Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh turut hadir bagi mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Kira-kira 1,000 pegawai dan anggota hadir memeriahkan majlis itu yang turut diserikan dengan dendangan lagu-lagu raya.

Pada majlis itu, Sultan Sallehuddin turut beramah mesra dengan pegawai dan anggota sebelum meninjau suasana sambutan Aidilfitri pasukan tentera di perbatasan, dan baginda kemudian disajikan dengan tayangan video ucapan Hari Raya oleh pegawai dan anggota yang sedang beroperasi. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply