Home SemasaGlobal Serangan peluru berpandu Houthi ke lapangan terbang Arab Saudi, 26 cedera

Serangan peluru berpandu Houthi ke lapangan terbang Arab Saudi, 26 cedera

by M.Daim

RIYADH, 12 Jun – Sebuah lapangan terbang di selatan Arab Saudi terjejas akibat serangan peluru berpandu oleh puak militia Houthi dari Yaman.

Menurut Saudi Press Agency, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi Rabu waktu tempatan menyebabkan 26 orang cedera termasuk 3 wanita dan 2 kanak-kanak.

Puak Houthi melalui media kelolaan mereka mengakui bertanggungjawab dalam serangan tersebut. Menurut puak Houthi, serangan dilancarkan dengan menggunakan peluru berpandu dengan menjadikan menara kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha sebagai sasaran.

Sementara itu, Arabiya TV melaporkan operasi lapangan terbang tersebut berjalan seperti biasa.

Related Articles

Leave a Reply