Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM hantar pasukan kepakaran Kimia, Biologi, Radiasi dan Nuklear ke Pasir Gudang

ATM hantar pasukan kepakaran Kimia, Biologi, Radiasi dan Nuklear ke Pasir Gudang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar mengaturgerakkan pasukan 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD) ke Pasir Gudang bagi memberi bantuan kepakaran untuk menangani kejadian pencemaran bahan kimia beracun di Pasir Gudang.

“Tim Tinjau Chemical Biological, Radiological and Nuclear (CBRN) dari pasukan 12 Skn RAJD telah melapor di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor,” kata pihak Tentera Darat (TD) dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan ini adalah terdiri daripada 4 orang pegawai dan 21 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt Kol Norhelmi Ismail.

Menurutnya, pasukan ini dilengkapi dengan beberapa peralatan khusus iaitu, ChemPro, Lightweight Chemical Detector (LCD), Sampling Equipment, CBRN Protective Suit (Complete), Tyvek Suit, Breathing Apparatus (BA), Nitrile Glove dan N95 Mask.

“Tim Nyah Cemar CBRN kini sedang bersiap sedia bagi diaturgerak membantu pihak berkuasa melaksanakan tugas pembersihan anggota dan kawasan yang tercemar Bahan Kimia Beracun dan akan membantu pihak Hazardous Materials Management (HAZMAT) dalam pelaksanaan operasi di tempat kejadian.

“Tentera Darat juga telah menghantar Tim Casualty Evacuation Unit (CEU) dari 2 Batalion Ubat seramai 1 Pegawai Perubatan dan 3 paramedik bersama sebuah ambulan yang akan bergabung bersama Tim Nyah Cemar CBRN untuk bantuan kepada Tim Tentera Darat yang terlibat di dalam operasi,” ujarnya lagi.

Selain daripada itu, pihak tentera turut bersedia untuk memberikan bantuan lain darimasa ke semasa mengikut keperluan operasi.

Related Articles

Leave a Reply