Home Politik Najib Razak hanya tokoh popular media sosial – Mohammad Redzuan Othman

Najib Razak hanya tokoh popular media sosial – Mohammad Redzuan Othman

by Noor Sheila Amin

SHAH ALAM, 14 Feb – Timbalan Institut Darul Ehsan (IDE) , Mohammad Redzuan Othman berpendapat bekas perdana menteri Najib Razak mungkin berjaya mencipta semula imej dan menjadi tokoh popular di media sosial dengan gelaran sebagai ‘Bossku’.

Menurut laporan Malaysiakini, IDE berpendapat perkara itu tidak akan diterjemahkan sebagai undi kepada BN dalam pilihan raya kecil Semenyih pada 2 Mac ini.

Menjawab soalan mengenai pengaruh Najib, Mohammad berkata terdapat di kalangan ahli Umno masih menganggap bekas perdana menteri itu sebagai punca kekalahan BN pada pilihan raya umum yang lalu.

Oleh itu, beliau berkata Umno tidak akan menjadikan Najib sebagai jurukempen utamanya dalam pilihan raya kecil berkenaan.

“Mereka lebih cenderung tunjukkan Umno ini brand baru, imej baru. Mereka yakin dengan guna PAS daripada MCA, MIC kerana ini manfaat untuk dapat undi,” jelasnya.

Menurut Redzuan juga acara disertai Najib lebih ramai dihadiri di kalangan ‘mat rempit’.

“Perkara yang sama berlaku semasa kempen pilihan raya kecil Cameron Highlands, dia datang, berselfie dan muat naik (gambar) di media sosial. Dia bukan tokoh yang dominan.

“Saya yakin Umno tahu menggunakan Najib tidak akan memberi mereka undi,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply