Home Semasa Anggota TUDM maut kemalangan

Anggota TUDM maut kemalangan

by Noor Sheila Amin

TAPAH, 7 Feb – Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat nahas jalan raya selepas kereta yang  dinaiki mereka terbabas di KM319.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.

Menurut laporan Sinar Harian, pasangan adik beradik , Laskar Udara I Mohd Amin Zulkeflee, 22, meninggal dunia di lokasi kejadia manakala abangnya Laskar Udara II Mohd Saifullah Shafaiz Zulkeflee, 25, mengalami kecederaan di bahagian muka.

Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa yang menaiki Proton Saga FLX dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

“Sampai di tempat kejadian, dipercayai kenderaan yang dinaiki mereka telah berpusing dan terbalik sebelum terbabas memasuki longkang di kiri lebuh raya.

“Pemandu, Mohd Amin mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpangnya telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Tapah,” katanya.

Mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Related Articles

Leave a Reply