Home Pertahanan dan Keselamatan Segerakan reformasi JHEV – Presiden Reformasi

Segerakan reformasi JHEV – Presiden Reformasi

by Air Times News Network

PARIT BUNTAR, 7 Feb – Pengerusi Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM), Azizan Salleh menggesa Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEVATM) demi kepentingan masa hadapan veteran tentera negara ini.

Beliau menggesa agar reformasi sistem pengurusan JHEV ATM dilakukan pada kadar segera kerana sistem yang sedia ada dianggap ketinggalan zaman dan kurang memberi manfaat terhadap kebajikan lebih 100,000 ahli veteran ATM di negara ini.

Menurut Azizan, sistem pengurusan JHEV yang sedia ada tidak memenuhi aspek keperluan bekas pesara tentera oleh kerana kekangan kakitangan dan kemudahan yang disediakan masih berada ditakuk lama. Malah, beliau menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dilakukan semenjak dulu lagi.

“Bayangkan, bagi menjaga kebajikan lebih 30,000 veteran tentera di kawasan utara semenanjung Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, hanya satu pejabat JHEV beroperasi di Kedah dengan kekuatan anggota hanya dua pegawai selain kemudahan pengangkutan yang tidak mencukupi, katanya.

Sementara itu, pihaknya turut mencadangkan Kementerian Pertahanan melantik wakil daripada kalangan anggota bekas tentera untuk menjadi agen JHEV dalam menjaga kebajikan veteran ATM di setiap negeri.

“Saya merayu sangat Kementerian Pertahanan melalui JHEV dapat turun padang membantu veteran ATM kurang upaya seperti kami untuk meneruskan sisa kehidupan,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas mewakili rombongan GRVATM menyerahkan sumbangan kepada seorang veteran ATM kurang upaya di Kampung Lebai Akhir, Parit.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply