Home SemasaGlobal Angelina Jolie lawat Cox’s Bazar

Angelina Jolie lawat Cox’s Bazar

by Noor Sheila Amin

Bintang terkenal Hollywood itu yang juga wakil khas UNHCR, segera menuju ke kem di Teknaf berhampiran sempadan Myanmar untuk bercakap dengan sebahagian daripada 720,000 pelarian Islam yang melarikan diri daripada kekejaman tentera di Myanmar pada Ogos 2017.

Pelakon berusia 43 tahun itu tidak membuat sebarang kenyataan, tetapi timbalan ketua polis Cox’s Bazar, Ikbal Hossain, memberitahu Jolie akan melawat lebih banyak kem esok.

Jolie berada di Bangladesh untuk menilai keperluan kemanusiaan sejuta pelarian Rohingya di kem di seluruh Cox’s Bazar.

Beliau sebelum ini bertemu dengan penduduk Islam yang kehilangan tempat tinggal ketika di Myanmar pada Julai 2015 dan di India pada 2016.

Related Articles

Leave a Reply