Home PolitikBarisan Nasional BN pertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands

BN pertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands

by Air Times News Network

CAMERON HIGHLANDS, 26 Jan – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor meraih 12, 038 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran 8,800 undi.

Calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib 314 undi manakala Wong Seng Yee 276 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis, di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini sebentar tadi.

Related Articles

Leave a Reply