Home SemasaGlobal Bangunan perisikan Afghanistan diserang

Bangunan perisikan Afghanistan diserang

by Noor Sheila Amin

Militan meletupkan sebuah kenderaan dipenuhi bahan letupan di kemudahan latihan sebelum lelaki bersenjata tiba menaiki kereta lain dan melepaskan tembakan.

“Kami menarik 65 mayat keluar dari runtuhan semalam,” kata timbalan ketua majlis wilayah di Wardak, Mohammad Sardar Bakhyari, di mana serangan berlaku semalam, tamparan terbaharu terhadap pasukan keselamatan yang dilanda masalah.

Seorang pegawai keselamatan yang enggan dikenali memberi angka kematian lebih tinggi iaitu 70 orang.

Semalam, pegawai wilayah memaklumkan AFP, hanya 12 orang terbunuh dalam serangan. Angka diberi oleh pegawai kepada media antara 12 hingga lebih 100 yang maut.

Pengumuman Bakhyari itu dibuat selepas sehari kekeliruan berkaitan angka sebenar yang maut.

Serangan dilakukan ke atas kemudahan latihan untuk NDS, agensi perisikan Afghanistan, bermaksud angka sebenar sukar disahkan.

Serangan bermula apabila militan menaiki Humvee dipenuhi letupan merempuh pangkalan Direktorat Keselamatan Nasional (NDS) di Maidan Shahr, ibu kota Wardak, sejauh 50 kilometer di selatan Kabul. Serangan menyebabkan sebahagian bumbung bangunan runtuh.

“Sekurang-kurangnya tiga penyerang dalam kereta Toyota yang mengekori Humvee memasuki perkarangan pangkalan,” kata anggota majlis wilayah Wardak, Abdul Wahid Akbarzai kepada AFP hari ini.

Penyerang dibunuh dengan segera, katanya namun majoriti yang maut disebabkan bumbung runtuh.

“Ia kehilangan besar. Pasukan NDS adalah terlatih dan lengkap bersenjata berbanding polis dan tentera Afghanistan yang maut dalam jumlah besar,” kata ketua majlis Akhtar Mohammad Tahiri.

Beliau menambah, militan berpakaian seragam digunakan pasukan khas Afghanistan. Serangan berlaku beberapa hari selepas seorang pengebom bunuh diri Taliban menyasar konvoi gabenor wilayah Logar, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh pengawal keselamatan.

Related Articles

Leave a Reply