Home Pertahanan dan Keselamatan Kertas Putih Pertahanan boleh diakses September ini – Menteri Pertahanan

Kertas Putih Pertahanan boleh diakses September ini – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memaklumkan Kertas Putih Pertahanan boleh diakses oleh rakyat Malaysia pada bulan September kelak selepas dibentang di Dewan Rakyat.

Kertas Putih akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Julai kelak, kata Menteri Pertahanan.

“Kami menyasarkan untuk membentangnya di parlimen Julai ini, dan boleh diperoleh orang ramai pada bulan September,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Wisma Perwira.

Mohamad berkata pendedahan itu akan memberikan maklumat yang berkaitan orang ramai, menjadikan kementerian lebih bertanggungjawab dalam setiap tindak-tanduknya.

Beliau menegaskan dokumen tersebut adalah bersifat umum dan tidak mengandungi maklumat yang sulit.

Penerbitan Kertas Putih Pertahanan oleh Kementerian Pertahanan merupakan buat pertama kali diadakan dalam sejarah negara.

“Begitu juga pelaksanaan siri perbincangan oleh kementerian berhubung kertas putih itu yang akan menjadikan orang ramai sebagai konsep dan idea utama yang penting dalam memahami kertas putih berkenaan.

“Kertas putih itu berhasrat untuk memberikan kajian jujur terhadap cabaran keselamatan dan geopolitik yang kita hadapi, jurang keupayaan kita, di samping menggariskan aspirasi dan hala tuju pertahanan dan keselamatan,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply