SEOUL, 4 Jan 19 – Seorang diplomat Korea Utara, Jo Song Gil, 48 yang berkhidmat sebagai pemangku duta di Itali dilaporkan hilang, kata seorang ahli parlimen Korea Selatan semalam selepas duta itu cuba mendapatkan suaka politik di Barat.
Beliau yang hilang bersama isterinya selepas meninggalkan kedutaan tanpa sebarang makluman November lalu, menurut ahli parlimen Selatan, Kim Min-ki yang dimaklumkan oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan.
Sumber kanan diplomatik di Rome berkata, kementerian luar Itali tidak dimaklumkan mengenai laporan itu. Sumber lain berkata, kementerian tiada rekod yang menunjukkan bahawa Song Gil memohon suaka politik di Itali.
Skim ‘tebusan’ yang dikeluarkan kerajaan Korea Utara dimana peraturan yang memaksa diplomat yang bertugas di luar negara untuk meninggalkan anak mereka di tanah air selepas kim Jong Un berkuasa pada 2011 adalah menjadi penyebab utama Song Gil belot.