Home Semasa Sambutan tahun baharu:Lima ditahan di PD

Sambutan tahun baharu:Lima ditahan di PD

by Air Times News Network

PORT DICKSON, 1 Jan – Lima pengunjung program sambutan tahun baharu di Lukut, Port Dickson, malam tadi ditahan kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki itu adalah pengunjung dari luar, bukan penduduk daerah ini sebaliknya datang untuk meraikan tahun baharu.

“Suspek ditahan sebelum program iaitu pada pukul 7 malam selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya selepas membuat tinjauan program itu di sini malam tadi.

Seramai 80 anggota polis ditempatkan di lokasi program berkenaan bagi mengelakkan kegiatan yang tidak diingini berlaku.

Aidil berkata lebih 10,000 pengunjung hadir pada program ambang tahun baharu itu termasuk dari Singapura, Indonesia dan Thailand.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malek dan Penyelaras Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Polis akan memanggil penganjur dan akan mengambil tindakan jika berlaku pelanggaran undang-undang.

“Kita sudah nasihatkan penganjur untuk tidak menyediakan arak tetapi pemeriksaan mendapati minuman itu dihidangkan di meja jemputan,” katanya.

“Polis akan mendakwa penganjur mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Awam jika terbukti mereka melanggar syarat yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak enam laporan polis telah dibuat bagi membantah penganjuran program berkenaan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Teluk Kemang dan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Ahli Majlis Perbandaran Prot Dickson (MPPD).

Related Articles

Leave a Reply