Home Semasa Mr Universe: Badi lima tahun akhirnya terlaksana

Mr Universe: Badi lima tahun akhirnya terlaksana

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Atlet bina badan negara Buda Anchah tidak pernah berputus asa, apatah lagi mahu bersara sebelum waktunya walaupun gagal bergelar juara dalam tempoh lima sebelum ini.

Buda yang merupakan pesara tentera akhirnya menutup tirai 2018 dengan penuh gemilang buat dirinya, apabila meraih kembali gelaran Mr Universe pada tahun ini.

Memetik laporan Berita Harian, kemenangan Buda lebih bermakna, apabila gelaran itu hadir bersama dengan pencapaian cemerlang skuad bina badan yang membawa pulang empat emas, satu perak dan dua gangsa dari Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2018 di Chiang Mai, Thailand yang berlangsung awal bulan ini.

“Kali terakhir saya meraih emas adalah pada edisi 2013 di Hungary, jadi ia adalah sesuatu yang membanggakan. Setiap tahun saya menyertai kejohanan, namun sekadar meraih perak dan gangsa.

“Namun pada edisi 2018, saya meraih gelaran buat kali kedua. Mungkin ia disebabkan saya sudah bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan mempunyai lebih banyak masa untuk berlatih.

“Fokus yang lebih dapat diberikan dalam memastikan saya bersedia sepenuhnya menghadapi kejohanan ini.

“Malah persiapan berjalan lancar di Sarawak kerana mendapat bantuan dan sokongan kewangan yang mencukupi di sana,” jelasnya.

Atlet berusia 46 tahun itu menjuarai kategori masters selain meraih perak dalam 70kg.

Related Articles

Leave a Reply