Home PolitikBarisan Nasional Mohamad laksana tugas Presiden UMNO – Zahid

Mohamad laksana tugas Presiden UMNO – Zahid

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan akan menjalankan tugas presiden susulan kemelut yang melanda parti itu.

Memetik laporan Bernama, beliau berharap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan mahu kepimpinan di peringkat akar umbi memberi fokus kepada memperkukuhkan parti.

“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri UMNO selepas ini.

Katanya akar umbi amat mengharapkan pimpinan UMNO bersatu hati menterjemahkan hala tuju parti sesuai dengan slogan baharu “UMNO Bangkit”.

Related Articles

Leave a Reply