KUALA LUMPUR, 14 Dis – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin disahkan meninggal dunia pada petang tadi.
Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini, pada 13 November lalu akibat masalah paru-paru berair.
Zainuddin Maidin yang juga dipanggil Zam lahir di Kota Kuala Muda, Kedah pada 26 Jun 1939. Allahyarham memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan pada tahun 2006 sehingga tahun 2008.