Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 1 Divisyen raikan 21 anggota pesara tentera

1 Divisyen raikan 21 anggota pesara tentera

by Air Times News Network

KUCHING, 14 Dis – Seramai 21 anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan diraikan dalam Majlis Meraikan Anggota Bersara Peringkat 1 Divisyen Zon Kuching Tahun 2018 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang di sini, hari ini.

Panglima 1 Divisyen Mej Jen Dato’ Tooh Choon Siang, berkata majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa serta pengorbanan yang mereka curahkan sepanjang dalam perkhidmatan angkatan tentera.

“Saya percaya semua warga pesara telah menghadiri kursus yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) bagi mempersiapkan diri mereka dalam bidang yang bakal diceburi kelak, tegasnya.

Menurut beliau lagi, walaupun mereka semua telah meninggalkan alam ketenteraan namun hubungan kekeluargaan yang telah terjalin tidak akan putus.

Tooh turut menasihatkan agar semua sentiasa berhubung dengan JHEV bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Selain itu JHEV juga akan sentiasa membantu Veteran dalam segi aspek kebajikan dan perubatan yang diperlukan oleh mereka.

Turut hadir sepanjang majlis berlangsung Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai serta anggota 1 Divisyen.

Related Articles

Leave a Reply