Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KD Mahawangsa TLDM tarikan hari terbuka – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut KD Mahawangsa TLDM tarikan hari terbuka

KD Mahawangsa TLDM tarikan hari terbuka

by Air Times News Network

SANDAKAN,  12 Dis – Kapal KD Mahawangsa yang berperanan penting sebagai kapal  sokongan terutama dalam aspek logistik dan terlibat dalam misi kemanusiaan, menjadi tarikan orang ramai pada Hari Terbuka Pangkalan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di sini hari ini.

Pengunjung berpeluang menaiki kapal sepanjang 105 meter dan 15 meter lebar itu, yang berpangkalan di TLDM Lumut, Perak, selain kapal TLDM lain serta melihat pameran mengenai Pasukan Khas Laut (Paskal) pada program sehari itu.

Pegawai Pemerintah KD Mahawangsa Kapten Ivan Mario Andrew berkata kapal berkenaan juga terlibat dalam beberapa operasi penting dalam membawa logistik antaranya ketika Ops Daulat dalam insiden di Tanduo Lahad Datu serta melindungi kapal-kapal milik MISC Berhad daripada ancaman lanun di Teluk Aden dekat Somalia.

Dalam misi kemanusiaan pula, KD Mahawangsa pernah terlibat dalam bantuan kemanusiaan antaranya bagi pelarian Afghanistan pada 2001 dan mangsa Tsunami di Acheh, katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Terbuka Pangkalan Markas  Wilayah Laut 2 di sini, hari ini.

Beliau berkata, kapal itu yang dibina di Busan, Korea Selatan pada kini dalam penugasan logistik ke Sabah selama sebulan dengan singgah di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan pangkalan TLDM Sandakan .

Katanya terdapat 204 anggota di kapal itu termasuk 13 pegawai dan 191 anggota lain-lain pangkat.

Menurutnya, KD Mahawangsa, yang ditauliahkan sejak 1983, dilengkapi senjata utama dan ketika operasi ketenteraan kapal itu boleh membawa 200 anggota tentera dan lapan kereta perisai dan sebuah helikopter.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?