KUALA LUMPUR, 12 Dis – Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong hari ini menafikan berlakunya sebarang pencerobohan ruang udara Malaysia oleh Singapura.
Beliau menyatakan perkara tersebut kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan Dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 47/2018 di Wisma Perwira, Kuala Lumpur, pada hari ini.
“Saya diberi taklimat oleh Panglima Tentera Udara tidak ada berlaku pencerobohan,” kata Liew secara ringkas kepada media.
Semalam, video yang memaparkan pesawat-pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang didakwa menceroboh perairan dan ruang udara Malaysia sekitar awal Disember 2018 telah tular di media sosial.