Home Semasa Helikopter tempur Singapura ceroboh ruang udara, cabar kedaulatan Malaysia

Helikopter tempur Singapura ceroboh ruang udara, cabar kedaulatan Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Dron dan helikopter penyerang Singapura telah menceroboh ruang udara Malaysia di perairan Selat johor.

Rakaman video telah tular di laman sosial memaparkan kehadiran helikopter penyerang AH-64 Apache milik Tentera Udara Singapura (RSAF) ke kawasan perairan negara bertujuan untuk menganggu pergerakan kapal-kapal milik agensi negara

Video tersebut telah dimuatnaik dibeberapa akaun laman sosial termasuk laman Facebook Kelab Penyokong Angkatan Tentera Malaysia.

“Sudah beberapa hari mereka hantar helikopter ke kawasan itu sebab nak kapal-kapal kita takut ,” kata seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Samad.

“Jangankan helikopter, mereka hantar jet pejuang lalu di ruang udara kita,” ujar beliau.

“Perairan kita pun dia nak ambik sampai hari tu nak langgar bot penguatkuasa kita, sekarang ruang udara kita pun dia dah masuk. Esok lusa entah apa yang akan berlaku. Mana tentera kita? Apa kerajaan kita buat?” luah Samad lagi.

Sehingga kini, Kementerian Pertahanan tidak mengeluarkan sebarang maklumbalas sejak insiden pencerobohan kapal laut RSN pada 28 Nov yang lalu.

Related Articles

Leave a Reply