Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Kami berhimpun demi pertahan Melayu – Tuan Ibrahim

Kami berhimpun demi pertahan Melayu – Tuan Ibrahim

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Dis –  PAS hari ini memberi tiga amaran kepada semua pihak termasuk golongan pelampau di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan mahu menolak campur tangan asing dalam pentadbiran negara dan desak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak berdolak-dalih berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Negara luar tidak perlu campur tangan dalam mentadbir negara Malaysia,  dalam ucapan di perhimpunan ICERD di Dataran Merdeka, hari ini.

“Kami tahu apa yang kami nak buat dalam negara kami.

“Kita berhimpun bukan untuk anti India… anti Cina, tapi pertahankan hak orang Melayu dalam negara ini.

“Kita berhimpun bukan kerana benci agama Hindu… benci agama Budha dan benci Kristian, tapi mempertahankan hak Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Kita berhimpun bukan nak ambil tanah orang Cina… ambil tanah orang India, tapi mempertahankan tanah rizab Melayu,” katanya disambut laungan takbir dan sorakan hadirin yang memenuhi sepanjang jalan Dataran Merdeka.

Tegas Tuan Ibrahim perhimpunan hari ini juga adalah bagi menyatakan kekuatan orang Islam adalah atas agama Islam yang dianuti.

“Penyatuan kita ialah Islam… kemenangan kita ialah Islam dan kita mesti nobatkan Islam sebagai satu teras dalam pembentukan negara ini,” katanya.

Tun Ibrahim hadir dengan mengenakan baju-T berlogo ‘bantah ICERD’ menyatakan himpunan rakyat itu tidak bertujuan mengkesampingkan kepentingan bangsa lain.

“Amaran yang kedua, kalau kerajaan PH berdolak-dalih selepas ini (isu ICERD), kami rakyat dari seluruh negara bersedia berhimpun di Putrajaya.

“Seterusnya, amaran kami yang ketiga, tolong jangan ganggu gugat kestabilan dan keharmonian negara.

“Golongan pelampau mesti dihentikan segera dan kita beri amaran, jika mereka bertindak, kami rakyat akan bangun pastikan mereka dikalahkan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan peserta, bahawa perjuangan membantah ICERD hari ini adalah untuk golongan belia dan generasi masa depan.

 

Related Articles

Leave a Reply