Home Semasa Hampir 60,000 turun Himpunan 812 – Polis

Hampir 60,000 turun Himpunan 812 – Polis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Polis menganggarkan seramai 60,000 peserta hadir pada perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, pada hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, perhimpunan itu berlangsung secara aman, lancar dan selamat.

“Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kecuali terkesan ada yang membawa kanak-kanak ke himpunan ini yang menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Peserta perhimpunan berkenaan mula membanjiri ibu negara seawal pukul 7 pagi dengan berarak ke Dataran Merdeka lengkap berpakaian serba putih.

Namun berakhir kira-kira sejam lebih awal daripada waktu yang diizinkan pihak berkuasa.

Himpunan hari ini dimulai dengan ucapan daripada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kemuncak perhimpunan menampilkan dua pemimpin utama parti Melayu Islam iaitu, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi.

Perserta beransur-ansur meninggalkan perhimpunan itu sebaik selesai Abdul Hadir berucap apabila hujan mula membahasi kawasan sekitar.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar menolak Icerd dan doa oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh.

Perhimpunan yang awalnya bertujuan membantah cadangan ratifikasi ICERD, bertukar menjadi ‘perhimpunan kesyukuran’ susulan kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pada 23 November lalu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.

Related Articles

Leave a Reply