Home Semasa Bomba nafi tular media sosial kematian PB Muhamad Adib

Bomba nafi tular media sosial kematian PB Muhamad Adib

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kematian anggotanya, PB Muhammad Adib Mohd Kassim.

JBPM menerusi satu kenyataan Facebook rasminya berkata, Muhammad Adib, 24, kini masih dirawat di Subang Jaya Medical Centre (SJMC)

“JBPM mengharapkan agar tiada sebarang penyataan yang tidak benar disebarkan orang yang tidak bertanggungjawab berkenaan dengan keadaan sebenar Muhammad Adib Mohd. Kassim”.

Sementara itu, memetik laporan Utusan Online, keadaan Muhammad Adib sangat kritikal ketika ini dan doktor memaklumkan terdapat banyak kesan lebam di dada akibat dipukul dengan objek tumpul selepas diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 dekat sini awal pagi tadi.

Selain itu, tulang rusuknya juga patah sekali gus menyebabkan tercucuk pada paru-paru sehingga menyebabkan kesukaran bernafas dan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik dan kini keadaannya dipantau oleh lima doktor pakar.

Sementara itu, tunang kepada Muhammad Adib, Nurul Najihah menerusi entri Facebook miliknya memohon agar natizen berhenti menyebarkan berita kematian tunangnya.

“Tunang saya masih selamat. Tolong hentikan yang bukan-bukan. Doakan dia Muhammad Adib,” katanya.

Menerusi ruang komen Facebook Nurul Najihah, ramai natizen memberi kata-kata semangat dan mendoakan Muhammad Adib agar sembuh seperti sedia kala.

Antaranya Asdalila Norsyam tulis “Moga dia diberikan kesembuhan dan kekuatan buat awak jugak”.

Ahmad Eijaz Ab Kadir “Sy doakan Allah permudahkan segala urusan Cik dan keluarga…semoga mangsa cepat sembuh..”.

Nadiah Tasin “semoga die cepat sembuh & semoga awak diberikan kekuatan menghadapi dugaan ni… amen”.

“Sabar sis..moga tunang sis cepat pulih n sihat aamiin..smua rakyat doakan kesembuhan beliau…” kata Yani Abu Bakar.

“Be strong. Semoga tunang cik sembuh. Semoga dipermudahkan” tulis Agatha Nika.

“Dear Nurul, Im sorry for what was happen to ur tunang, we all indians support n pray for u n ur tunang family…
harap dia cepat sembuh..He is a real hero…” tulis Devis Devis Bridal.

 

Related Articles

Leave a Reply