Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Masyarakat India diminta bertenang berhubung isu kuil – Air Times News Network
Home Semasa Masyarakat India diminta bertenang berhubung isu kuil

Masyarakat India diminta bertenang berhubung isu kuil

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy menggesa masyarakat India di negara ini supaya bertenang berhubung isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25 Subang Jaya dekat sini yang hendak dirobohkan.

Beliau berkata pihaknya sedang membuat percubaan untuk menghubungi semua pihak berkaitan dalam usaha mencari penyelesaian yang mesra.

“Saya menyeru masyarakat India supaya bertenang sehingga kita boleh menjalankan siasatan dan mencari kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Waythamoorthy berkata komen-komen di kalangan masyarakat India dalam media sosial nampaknya bersifat emosi kerana terdapat versi bercanggah yang tular dan mewujudkan kegelisahan di kalangan masyarakat itu di negara ini.

Pihak Kuil Sri Maha Mariamman berusia 147 tahun itu telah menerima notis untuk dirobohkan. – Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?