Home Semasa Eddy Chen dilantik Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia

Eddy Chen dilantik Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Tan Sri Eddy Chen dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata beliau menggantikan Tan Sri Dr Alies Anor Abdul yang meletak jawatan pada 1 Jun lepas.

Beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan Metro Kajang Berhad dan pernah menjadi Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) bagi tempoh 1998-2002.

“Eddy Chen mempunyai pengalaman luas dalam industri pembangunan hartanah lebih tiga dekad,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan tiga anggota lembaga pengarah PR1MA yang baharu iaitu Datuk Faris Yahaya, Mohd Ali Abdul Karim dan Ahmad Shahrul Mohamed, yang turut berkuatkuasa pada 1 Oktober.  – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply