Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sabah bakal dapat dua Batalion Rejimen Sempadan

Sabah bakal dapat dua Batalion Rejimen Sempadan

by Pasri Asyraf

TAWAU, 23 Sept – Sabah akan mendapat dua Batalion Rejimen Sempadan sebelum akhir tahun ini, kata Panglima Briged Ke-31 Infantri, Mejar Jeneral Datuk Fadzil Tajudin, semalam.

Katanya, satu batalion akan diwujudkan di Tawau, manakala satu lagi di Sipitang dalam usaha  menjaga akitiviti penyeludupan dan keselamatan di kawasan sempadan.

“Tugas Rejimen Sempadan berlainan dengan tugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan lebih tertumpu kepada menjaga kawasan sempadan khususnya di kawasan darat,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan peserta Ekspedisi Borneo Briged 31 Infantri, yang berakhir di sini semalam.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil pula mengalukan penubuhan batalion di bawah naungan Briged 31 Infantri itu di daerah berkenaan.

“Dengan menempatkan batalion di Tawau untuk menjaga aktiviti penyeludupan migran dan barangan ke Tawau akan dapat diatasi,” katanya.

-BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply