Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Ekspedisi Borneo Briged 31 Infantri labuh tirai

Ekspedisi Borneo Briged 31 Infantri labuh tirai

by Air Times News Network

TAWAU, 22 Sept – Ekspedisi Borneo Siri 2/2018 yang dianjurkan oleh Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan, di bawah naungan Briged Ke-31 Infantri, tamat hari ini.

Bermula di ICQ Sungai Tujuh Miri pada 17 Sept lepas, ekspedisi itu melabuhkan tirai apabila tiba di destinasi terakhir Tawau.

Majlis penutup ekspedisi itu telah disempurnakan oleh Panglima Briged Ke-31 Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Haji Fadzil Tajudin yang disaksikan oleh Pengerusi Ekspedisi Borneo Lt Kol Rokaib Ahmad disini.

“Ekspedisi itu merupakan kesinambungan daripada Ekspedisi Kenyalang tahun lepas dari Miri ke Kuching.

“Ekspedisi sejauh 720 km itu menggunakan basikal ‘mountain bike’ ataupun ‘road bike’ mengikut kesesuaian atlit-atlit yang menyertainya,” kata Panglima Briged Ke-31 ketika ditemui pada majlis penutupan program berkenaan.

Katanya, peserta ekspedisi itu merupakan atlit basikal yang dipilih daripada semua pasukan di bawah naungan Briged ke-31 Infantri dan ekspedisi itu turut disertai peserta Tentera Darat Diraja Brunei bagi memupuk persahabatan erat dengan Tentera Darat Malaysia.

Turut dihadiri Pegawai Memerintah Batalion Ke Lapan Rejimen Sempadan, Lt Kol Shamsul bahari Che Soh dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus @ Mohd Ali Haji Sipil.

Related Articles

Leave a Reply