Home SemasaGlobal Juruterbang jet pejuang wanita pertama Jepun

Juruterbang jet pejuang wanita pertama Jepun

by Air Times News Network

TOKYO, 26 Ogos – Seorang wanita Jepun mencipta sejarah apabila menjadi juruterbang jet pejuang wanita pertama negara itu.

Leftenan Muda Miza Matsushima, 26, memulakan tugas, kelmarin selepas selesai menjalani latihan untuk menerbangkan jet pejuang F-15, menurut pengumuman tentera Jepun.

“Sebagai juruterbang jet pejuang wanita pertama, saya akan membuka jalan,” katanya kepada pemberita.

Tentera udara Jepun mula merekrut wanita pada 1993 kecuali sebagai juruterbang jet pejuang dan pesawat pengintip. Ia menarik balik sekatan itu pada akhir 2015.

“Sejak saya menonton filem Top Gun, ketika sekolah rendah, saya amat mengagumi juruterbang jet pejuang. Saya akan terus bekerja keras untuk melaksanakan tugas.

“Ia bukan sahaja untuk diri saya malah untuk wanita yang turut mengikuti jalan ini, pada masa depan,” kata graduan Akademi Pertahanan Nasional Jepun itu kepada pemberita. – Agensi/ BBC

Related Articles

Leave a Reply