Home Semasa Equaminity dikawal polis dan tentera

Equaminity dikawal polis dan tentera

by Noor Sheila Amin

KLANG, 26 Ogos – Kapal mewah, Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

Difahamkan tiada individu dibenarkan masuk kecuali pihak berkuasa yang bertugas sahaja.

Pintu masuk hadapan ke terminal kapal persiaran itu ditutup dan difahamkan, Equanimity kini dikawal pihak polis serta tentera.

Semalam, Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti) membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia dan tiga lagi untuk menjual kapal mewah berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah penilaian dan penjualan dikemukakan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua subsidiarinya Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012.

Keempat-empat pihak selaku plaintif memfailkan permohonan untuk membuat penilaian terhadap aset itu dan menjualnya segera ketika prosiding mahkamah mengenainya masih berlangsung.

Dr Mahathir sebelum ini menjelaskan jika Malaysia tidak menjual Equanimity dengan segera, kerajaan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM2 juta sebulan hanya untuk kos penyelenggaraan bagi memastikan kapal itu berada dalam keadaan terbaik.

Related Articles

Leave a Reply