Home SemasaGlobal Kanak-kanak mangsa dalam serangan udara di Yaman

Kanak-kanak mangsa dalam serangan udara di Yaman

by Noor Sheila Amin

ADEN, 10 Ogos – Berpuluh orang maut termasuk kanak-kanak yang menaiki bas maut apabila kenderaan itu menjadi sasaran serangan udara pasukan gabungan Saudi di wilayah Saada, semalam, kata pegawai kesihatan Yaman dan pegawai kesihatan dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Menurut kenyataan pasukan gabungan itu, serangan berkenaan disasarkan kepada pelancar peluru berpandu milik kumpulan Huthi yang digunakan untuk menyerang bandar Jizan di selatan Saudi, sehingga membunuh seorang penduduk awam Yaman di sana, Rabulalu.

Menurut ICRC, serangan udara itu berlaku ke atas sebuah bas yang membawa kanak-kanak di pasar Dahyan, di utara Saada.

“Kedai kami dibuka dan pelanggan sedang membeli-belah seperti biasa. Semua yang maut adalah penduduk tempatan, kanak-kanak dan pemilik kedai,” kata seorang saksi, Moussa Abdullah ketika ditemui di hospital.

Pasukan itu turut menuduh puak Huthi yang mendapat sokongan Iran menggunakan kanak-kanak sebagai perisai dan berkata, serangan udara berkenaan dilaksanakan selaras dengan peraturan kemanusiaan antarabangsa.

Jurucakap Huthi, Mohammed Abdul-Salam berkata, pasukan gabungan terbabit dengan jelas membuktikan bahawa mereka tidak menghiraukan nyawa orang ramai apabila melakukan serangan di kawasan awam yang sibuk di wilayah itu.

ICRC dalam kenyataan di Twitter juga berkata, pasukan perubatan mereka di Saada menerima 29 mayat kanak-kanak, kesemuanya berusia di bawah 15 tahun dan turut menerima 48 mangsa yang tercedera, termasuk 30 kanak-kanak.

Related Articles

Leave a Reply