Home Politik PRK DUN Balakong, Seri Setia serentak

PRK DUN Balakong, Seri Setia serentak

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 8 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong, hari mengundi 8 September, penamaan calon 18 Ogos, kata Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, berkata hari mengundi ditetapkan pada 8 September, penamaan calon pada 18 Ogos dan hari mengundi awal pula ditetapkan pada 4 September.

“Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 21 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 7 September.

“PRK DUN Seri Setia dan DUN Balakong dibuat serentak bagi memudahkan urusan semua pihak termasuk segi logistik, keselamatan dan kemudahan petugas,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas bagi PRK berkenaan di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply