Home Semasa Kapal Jho Low tiba di Pelabuhan Klang

Kapal Jho Low tiba di Pelabuhan Klang

by Noor Sheila Amin

Klang, 7 Ogos – Kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang tengah hari tadi.

Kapal bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli dari wang yang diselewengkan dari dana 1MDB tersebut berlepas dari perairan Batam, Indonesia pada jam 4.45 petang semalam.

Satu pasukan khas dari Pejabat Peguam Negara akan menjalankan pemeriksaan keatas kapal tersebut.

Menurut sumber keselamatan, selepas pasukan khas itu selesai melakukan pemeriksaan, mesyuarat akan diadakan di antara semua jabatan pihak berkuasa yang ditugaskan menyiasat skandal 1MDB.

Pihak media juga tidak benarkan berada berdekatan kapal berkenaan dan hanya dibenarkan merakamkan gambar atau video dari jarak jauh.

Related Articles

Leave a Reply