Home SemasaGlobal Pemandu teksi di Sepanyol bantah perkhidmatan ‘e-Hailing

Pemandu teksi di Sepanyol bantah perkhidmatan ‘e-Hailing

by Air Times News Network

MADRID, 30 Jul – Pemandu teksi di seluruh Sepanyol hari ini telah mengadakan satu perhimpunan membantah perkhidmatan e-hailing dari syarikat seperti Uber dan Cabify dengan sebilangan daripada mereka turut mendirikan khemah selama beberapa hari sebagai bantahan kepada kerajaan dengan mendakwa perkhidmatan itu membuatkan ribuan mereka dalam keadaan berisiko dan menjejaskan pendapatan.

Sesetengah pemandu berkhemah beberapa hari di sebelah teksi mereka

Pemandu teksi ini menghalang kenderaan e-Hailing di pintu masuk ke Lapangan Terbang Bilbao

 

Himpunan itu yang bermula Rabu lalu dengan tindakan dari kesatuan teksi meletakkan teksi mereka di jalan-jalan utama di Madrid, Valencia, Bilbao, Seville dan Barcelona, selepas kerajaan Sepanyol merayu terhadap keputusan pihak berkuasa Barcelona yang menghadkan tempahan teksi melalui telefon pintar.

Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bagi mengakhiri himpunan itu, namun tiada kesepakatan yang dicapai. Wakil-wakil kesatuan berkata dalam satu kenyataan bahawa syarikat e-hailing menyebabkan 130,000 mereka tidak berdaya maju selain menganggap ianya satu persaingan yang tidak adil.

Menurut akhbar Sepanyol, El Pais, dalam pertemuan selama empat jam itu, pihak kerajaan menawarkan untuk memberi kuasa perlesenan kepada mereka di setiap wilayah. Namun ditolak oleh wakil kesatuan yang mengatakan ianya tiada kaitan dengan isu. Mesyuarat seterusnya akan disambung semula pada hari yang sesuai dengan harapan mencari penyelesaian.

Bantahan tersebut kini menjadi trend di laman sosial Twitter dengan hashtag ‘HuelgaTaxis’ apabila ribuan pengguna laman sosial berkenaan berkongsi foto-foto himpunan tersebut di kawasan mereka. – BBC

Related Articles

Leave a Reply