Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat adakan kerjasama dengan TM

Tentera Darat adakan kerjasama dengan TM

by Nurulhuda

PORT DICKSON, 28 Jun – Tentera Darat Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan WiFi berkelajuan tinggi di Kem Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD), Kem Segenting, di sini, hari ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim, berkata WiFi berkelajuan tinggi di kem berkenaan adalah yang pertama diwujudkan sebelum diteruskan ke beberapa kem lain, terutama di luar bandar.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Panglima TD, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim. Foto : Twitter Tentera Darat

“Ia bakal memberi manfaat kepada kira-kira 600 staf dan penuntut kursus di kem ini, selain membolehkan mereka mengakses internet dari mana-mana lokasi dalam Kem Segenting.

“Ia sudah pasti memberi keselesaan, kemudahan mobiliti, meningkatkan tahap produktiviti dan turut menggalakkan interaksi di antara penuntut dan jurulatih menggunakan teknologi komunikasi tanpa wayar,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan Majlis Aidilfitri PLDTD, hari ini.

Zulkiple berkata, setiap sekolah latihan tentera perlu diberi peluang dan sistem penyampaian pelajaran lebih cepat manakala bagi anggota yang tinggal di kuarters tentera, pastinya kemudahan itu dapat digunakan seisi keluarga.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TM, Azizi A Hadi, berkata syarikat akan memberi kemudahan itu untuk dua tahun tempoh percubaan secara percuma.

Katanya, buat permulaan TM memberi keutamaan di pusat latihan sebelum diperluaskan ke kem lain, terutama yang terletak di luar bandar.

“TM ada lebih 12,000 point akses di seluruh negara yang berkelajuan 100 MB sesaat. TM berbangga dapat bekerjasama dan mampu menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada anggota ATM,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply