Home SemasaGlobal 23 cedera, dalam serangan bom di selatan Kashmir

23 cedera, dalam serangan bom di selatan Kashmir

by Noor Sheila Amin

SRINAGAR, 5 jun – Sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk lapan anggota keselamatan cedera dalam satu serangan bom berasingan  oleh militan di Pulwama dan di daerah Shopian, Kashmir semalam.

Bom tangan yang dilemparkan ke arah pihak polis  tersasar dan telah meletupkan sebuah kawasan di sekitar pasar yang sibuk, kata pegawai itu.

Serangan pertama berlaku di Shopian selatan Kashmir di mana sekurang-kurangnya 16 orang awam dan empat anggota polis cedera, kata seorang pegawai polis.

Dalam serangan kedua,  anggota militan sekali lagi mensasarkan Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF) di Tahab Chowk, di Pulwama petang  semalam, dan menyebabkan empat anggota CRPF dan tiga orang awam cedera dalam letupan itu, menurut pegawai polis.

Berikutan daripada insiden serangan itu, sebanyak 12 kejadian serangan bom tangan sejak Khamis lalu di Kashmir.

 

Related Articles

Leave a Reply