Home SemasaGlobal Bashar al-Assad akan jadi sasaran peluru hidup – Yuval Steinitz

Bashar al-Assad akan jadi sasaran peluru hidup – Yuval Steinitz

by Noor Sheila Amin

TEL AVIV, 8 Mei – Seorang menteri Kabinet Israel berkata negara itu tidak teragak-agak menggulingkan kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad, jika Iran melancarkan serangan ke atas wilayahnya.

Malah, Assad sendiri mungkin menjadi sasaran peluru hidup.

Kenyataan kontroversi itu dibuat Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz dalam satu temu bual bersama portal berita berbahasa Hebrew, Ynet, semalam.

“Jika Assad membenarkan Iran menggunakan wilayahnya untuk menyerang Israel, kami akan bertindak balas.

“Dia sepatutnya tahu, jika ia berlaku, itu adalah pengakhiran buat kerajaan dan rejimnya,” kata Steinitz.

Bagaimanapun, Steinitz menegaskan kenyataannya tidak mewakili suara kerajaan mahupun polisi Tel Aviv.

Sebelum ini, Iran menegaskan hanya rakyat Syria berhak menentukan masa depan mereka tanpa campur tangan Israel mahupun negara Barat.

Teheran berkata, pihaknya tidak teragak campur tangan sekiranya kuasa luar mahu menentukan hala tuju Syria.

Iran adalah sekutu kuat Syria. – Press TV

Related Articles

Leave a Reply