Home Semasa Jangan Salah guna aset tentera – Arshad

Jangan Salah guna aset tentera – Arshad

by Noor Sheila Amin

Petaling Jaya, 9 April – Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohd Arshad Raji berkata, mengingatkan ahli politik dan penjawat awam dilarang menggunakan aset ketenteraan, aset kerajaan serta dana awam untuk tujuan politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Penggunaan aset ketenteraan, termasuk pesawat, helikopter, kapal tentera laut oleh mana-mana ahli politik dalam kerajaan sementara adalah dilarang keras.

“Mana-mana penyalahgunaan adalah terang-terangan mengabaikan undang-undang. Ia adalah salah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut mengingatkan ahli dan parti politik dari kedua-dua pihak supaya tidak menggunakan politik kebencian serta perkauman untuk menjejaskan keharmonian negara pada PRU14.

Related Articles

Leave a Reply