Home PolitikBarisan Nasional Pengkalan Chepa bakal terima nafas baru

Pengkalan Chepa bakal terima nafas baru

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Rakyat Kelantan seharusnya memberi sokongan kepada UMNO dan BN yang dilihat begitu gigih berjuang dalam usaha membela nasib mereka secara konsisten terutama kepada golongan belia supaya setanding dengan belia-belia negeri lain.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Kelantan, Zarina Md Eusope berkata kepentingan rakyat akan menjadi agenda utama sekiranya beliau dicalonkan dan menang pada pilihan raya akan datang.

“Kita akan mewujudkan kawasan-kawasan yang strategik untuk memberikan peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

“Dengan membuka peluang perniagaan sudah tentu pendapatan harian mereka akan lebih bertambah.

“UMNO juga akan mengadakan setiap Dun satu kawasan tumpuan untuk menjana ekonomi setempat”, tambahnya.

“InsyaAllah kami juga akan menyelaraskan program-program khusus untuk menarik minat generasi Y yang sememangnya kini dilihat menjadi agenda utama Barisan Nasional”, katanya lagi.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa ketika dihubungi, meluahkan rasa bersyukur sekiranya dicalonkan di kawasan tersebut.

Beliau menegaskan UMNO sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat agar rakyat Kelantan terus maju dan setanding dengan negeri-negeri lain dibawah kepimpinan Barisan Nasional.

 

Related Articles

Leave a Reply