Kuching, 5 April – Lebih 275 warga tentera Pemerintahan Medan Timur semalam menderma darah pada Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-85 dan Hari Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Ke-4 anjuran 1 Bn Ubat dengan kerjasama bersama Unit Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Kuching.
Panglima Medan Timur Tentera Darat (TD), Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd. Zaki Mokhtar berkata, sumbangan tersebut dibuat secara sukarela bagi sedikit sebanyak membantu pesakit yang memerlukan darah.
“Kita bersyukur ramai pegawai dan anggota turun hingga melebihi jangkauan.
“Kalau mengikut sasaran hari ini, sebanyak 150 pain darah namun kita jangka dapat kumpul lebih dari itu,” katanya.
Yang turut hadir, Panglima Briged 3 Infantri (3 Briged), Brigadier Jeneral, Mohd. Bustaman Mat Zin dan Ketua Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah Sarawak, Dr. Muhammad Masrin Md. Jaharin.
“Mereka yang telah bersara perlu dikeluarkan agar dimasukkan dalam senarai mengundi biasa memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab di tempat masing-masing.
Sementara itu, Muhammad memberitahu, pihaknya menyambut baik inisiatif dijalankan pihak tentera dalam membantu usaha mengumpulkan bekalan darah.
“Kita mempunyai 19 bank darah yang mana ketika ini bekalan adalah mencukupi bagaimanapun kita sentiasa siap sedia mengumpul bagi menghadapi bencana dan musim perayaan.
“Justeru itu, kempen dan program kesedaran selalu diadakan bagi mengalakkan orang ramai tampil menderma darah,” jelasnya.