Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebagai sebuah pasukan yang bernaung di bawah Barisan Nasional (BN), sesiapa sahaja calon yang diketengahkan termasuk daripada parti-parti komponen perlu disokong.

“Memanglah setiap kali berdepan PRU kerusinya (hanya) satu. Jadi, mesti ada yang berminat tetapi tidak terpilih dan di situlah kita akan menguji kesetiaan mereka.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melancarkan jentera BN Sembrong – Foto H20 Comms

“Mereka yang kecewa ini kalau melakukan sesuatu yang menjejaskan perjalanan kita tidak bermakna kita (parti) tak akan meneruskan gerakan jentera sama ada bersama mereka atau tanpa mereka,” katanya selepas melancarkan Jentera BN Parlimen Sembrong, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R. Vidyananthan dan ADUN Paloh, Teoh Yap Kun serta pemimpin-pemimpin komponen kawasan itu.