SHAH ALAM, 28 Mac – Pas Selangor hari ini melancarkan manifesto PRU14 gagasan sejahtera yang bertemakan ‘Selangor Sejahtera’.
Pelancaran manifesto ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Ustaz Sallehen bin Mukhyi di Hotel Carlton Holiday, di sini hari ini.
‘Kita merangka manifesto ini melibatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar-pakar dalam bidang tertentu’, katanya.
‘Manifesto ini dilancarkan dengan iltizam, azam dan kesungguhan untuk memastikan Pas dan Gagasan Sejahtera akan menerajui kerajaan negeri Selangor selepas pilihanraya yang akan datang.
‘Segala program-program yang di perkenalkan oleh kerajaan Selangor yang mana Pas sendiri yang terlibat akan diteruskan dengan penambahbaikan sama ada program rakyat ekonomi selangor mahupun inisiatif peduli rakyat’
‘Pas Selangor komited untuk menawarkan parti ini sebagai pilihan terbaik buat rakyat negeri pada PRU14 nanti’, katanya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd. Rahman, Adun Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus bin Hairi dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Antara 10 teras Selangor Sejahtera yang terkandung di dalam manifesto ialah:
1. Kesejahteraan Berkerajaan
2. Kesejahteraan Beragama dan Budaya
3. Kesejahteraan Pendapatan
4. Kesejahteraan Pendidikan
5. Kesejahteraan Anak Muda
6. Kesejahteraan Wanita dan Keluarga
7. Kesejahteraan Kesihatan
8. Kesejahteraan Ekonomi Tani
9. Kesejahteraan Kediaman
10. Kesejahteraan Alam Sekitar