Home PolitikPakatan Harapan Unsur-unsur politik luar biasa di dalam usul persempadanan semula – Manivannan

Unsur-unsur politik luar biasa di dalam usul persempadanan semula – Manivannan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Dewan Rakyat telah meluluskan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya bagi Semenanjung Malaysia yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Mac lalu di Parlimen.

Ahli Parlimen Kapar, Manivannan a/l Govindasamy berkata ada usul-usul politik yang luar biasa yang membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya yang akan datang dalam persempadanan semula itu.

‘Ini adalah bukan persempadaan semula, ia adalah sebagai persempadanan perkauman untuk memenangkan BN dalam PRU14’.

‘Sebagai contoh parlimen saya yang mana pengundi paling ramai pada PRU13 berjumlah 150 ribu orang pengundi dan merangkumi empat DUN iaitu Sementa, Selat Klang, Sungai Pinang dan Meru’, katanya.

Beliau berkata setelah persempadanan semula dilaksanakan, didapati satu DUN Sungai Pinang telah dikeluarkan dari Parlimen Kapar dan dimasukkan ke dalam Parlimen Klang.

‘Sungai Pinang mojoriti masyarakat Cina dan kini menyebabkan Parlimen Kapar bukan mempunyai komposisi perkauman yang sewajarnya’ ujar beliau.

Kajian semula persempadanan itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan lat tempoh lapan tahun telah berlalu, selaras dengan peruntukan Fasal (2) Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

Kali terakhir urusan persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003, yang mana bahagian-bahagian pilihan raya yang diluluskan pada masa itu telah digunakan dalam tiga pilihan raya umum iaitu pada 2004, 2008 dan 2013.

 

 

Related Articles

Leave a Reply