Home PolitikBarisan Nasional BN Kelantan pertaruhkan calon wibawa PRU14 – Md Alwi

BN Kelantan pertaruhkan calon wibawa PRU14 – Md Alwi

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 26 Mac – BN Kelantan bakal mempertaruhkan calon lebih berwibawa yang dipilih menerusi proses saringan ketat, pada PRU14 nanti.

Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, kesemua calon yang akan bertanding itu ditapis sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setakat ini hanya seorang calon telah diumumkan lebih awal iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

“Ini satu kejutan kerana Asyraf Wajdi diletakkan bertanding di Pasir Puteh dan rakyat di kawasan parlimen itu menerima kehadiran beliau,” katanya semalam.

Beliau yakin potensi calon yang akan diumumkan selepas ini dapat membantu BN merampas kembali Kelantan sekali gus mengubah iklim politik suram di negeri ini.

“Salah satu yang saya sebut landskap politik yang akan berubah adalah kita nak wujudkan universiti al-Quran. Kita nak jadikan Kelantan sebagai negeri lembangan al-Quran,” katanya.

Sementara itu,  Md Alwi menyambut baik hasrat Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan  (NGO) yang mahu kemukakan Manifesto Rakyat Kelantan kepada semua parti bertanding pada PRU14.

“Itu menunjukkan 80 NGO itu mahukan perubahan di Kelantan kerana nak bangunkan negeri ini tak boleh satu pihak sahaja, mesti ada pandangan pelbagai pihak,” katanya.

Beliau yang juga Adun Kok Lanas memberitahu, Umno Kelantan tidak lama dahulu juga mempunyai badan pemikir terdiri dalam kalangan NGO.

“Tertubuhnya UMK (Universiti Malaysia Kelantan) adalah hasil pemikiran anak-anak Kelantan. Ini satu contoh, mereka mendesak supaya Kelantan ada universiti sendiri.

“Kita amat alu-alukan cadangan NGO yang tidak berpihak kepartian ini. Parti ni untuk pilihan raya cukuplah, habis PRU habislah,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply