Home PolitikBarisan Nasional Parti serpihan, akan mati sama seperti BERSATU : Ahmad Bashah

Parti serpihan, akan mati sama seperti BERSATU : Ahmad Bashah

by Nurulhuda

Sungai Petani, 25 Mac – Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan keyakinan bahawa kemunculan parti serpihan tidak akan bertahan lama, sekali gus gagal menawan kubu kuat Umno dan parti komponen BN lain.

Menurut beliau, pengundi setia BN tidak akan berganjak walaupun wujud parti serpihan sepertimana yang berlaku pada ketika ini.

Menurutnya, pembangunan tidak dapat dilaksanakan dan rakyat pula tidak beroleh manfaat daripada kewujudan parti serpihan.

“Parti serpihan ini tak akan bertahan kerana ia tidak boleh buat apa-apa, tak boleh nak membantu untuk membangunkan kawasan orang sebab dah nama pun parti serpihan.

“Contohnya parti serpihan dari Pas, akan mati macam tu ja, sama seperti parti Bersatu, mereka akan gagal.

“Sebab tu mereka cuba nak masuk kawasan yang memang milik penyokong tegar BN,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang yang cuba cari pengaruh dalam golongan penyokong tegar BN, hari ini.

Tambahanya, rakyat kini lebih bijak menilai dan yakin tidak hanya pengundi tegar Melayu akan memilih BN, malah pengundi Cina dan India juga akan berbuat demikian.

“Saya tengok sekarang orang ramai dah pandai, masyarakat kaum Cina, India saya tak bimbang di Kedah kerana depa tau nak memilih walaupun sebelum ini ada kesilapan.

“Jadi kali ini, saya yakin khususnya di Kedah akan buat keputusan yang terbaik (dalam PRU nanti),” katanya.

Related Articles

Leave a Reply