Home Semasa PDRM: Tiada kaitan Jho Low dengan 1MDB

PDRM: Tiada kaitan Jho Low dengan 1MDB

by M.Daim

Kuala Lumpur, 8 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia telah menjalankan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan penemuan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan pada April 2016.

Menurut beliau, hasil penyiasatan polis mendapati Low Taek Jho tidak pernah berkerja di syarikat 1MDB dan mendapati semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.

Siasatan PDRM keatas kes 1MDB masih lagi dijalankan dan menurut Tan Sri Fuzi, tiada keterangan yang kukuh untuk mengaitkan Jho Low dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh 1MDB.

Namun begitu, Ketua Polis Negara menegaskan bahawa PDRM akan mengambil tindakan sewajarnya menurut undang-undang terhadap Jho Low sekiranya PDRM memperolehi sebarangan keterangan dan bukti baharu terhadap Jho Low dan 1MDB.

Mengulas rampasan kapal layar Equinimity yang didakwa dimiliki Jho Low oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), belaiu menyatakan tindakan tersebut adalah tindakan perlucuthakan sivil di mahkamah Amerika Syarikat terhadap Jho Low sahaja dan bukan 1MDB.

Tambah beliau, PDRM tidak ada menerima sebarang makluman dari pihak berkuasa Indonesia dan juga dari Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI). Pada masa yang sama, Ketua Polis Negara turut memaklumkan bahawa PDRM tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi membantu dalam siasatan berkaitan kapal layar berkenaan yang dirampas di perairan Indonesia pada hujung Februari lalu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!