Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada Kuota Bagi Kaum, Negeri Untuk Sertai TLDM

Tiada Kuota Bagi Kaum, Negeri Untuk Sertai TLDM

by M.Daim

KUCHING, 8 Mac – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menetapkan sebarang kuota berdasarkan kaum atau negeri dalam setiap proses pengambilan anggotanya, tegas Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Beliau berkata, sebaliknya TLDM mengalakkan penyertaan semua rakyat dari pelbagai kaum di negara ini untuk menyertai agensi keselamatan itu.

“Di dalam TLDM mahupun Angkatan Tentera Malaysia, kita tidak menetapkan sebarang kuota (dalam proses pengambilan) langsung. Kita tidak tetapkan sebagai contoh kuota bagi Negeri Sabah berapa orang, Sarawak berapa orang atau Selangor berapa orang.

Related Articles

Leave a Reply