Home SemasaGlobal Malaysia tak hubungi kami – Polis Indonesia

Malaysia tak hubungi kami – Polis Indonesia

by Noor Sheila Amin

Indonesia, 5 Mac – Polis Indonesia mengesahkan kerjasama siasatan berhubung rampasan kapal layar mewah Equanimity milik Jho Low tidak melibatkan Malaysia.

Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Indonesia Daniel Silitonga ketika dihubungi Malaysiakini berkata Indonesia hanya diminta Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) untuk mengesan dan menahan kapal itu.

“Indonesia hanya diminta untuk kesan dan sita untuk boleh diserahkan kepada negara peminta (AS) mengikut undang-undang (AS).

“Siasatan tidak melibatkan pemilik kapal (Jho Low).

“Siasatan kami hanya melibatkan permintaan rasmi dari FBI dan Amerika,” katanya kepada Malaysiakini.

Selain itu, Silitonga ketika ditanya adakah dihubungi pihak berkuasa Malaysia berhubung perkara itu hanya menjawab ringkas “Tidak ada”.

Semalam bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz membidas pihak berkuasa Malaysia kerana gagal mencari kapal layar mewah itu.

Menurutnya, ini kerana beliau sendiri pernah mengesan kapal itu ketika bercuti di Thailand pada tahun lalu.

Rafidah turut berkata beliau yang menyelam di situ boleh melihat Equanimity bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia tidak mampu berbuat demikian.

Related Articles

Leave a Reply